Saturday, April 18, 2009

Siapkan diri...

Post kali ini tentang diri kita. Hari demi hari, usia semakin galak digunakan. Kalaulah umur boleh di top-up, aku rase aku lah orang pertama yang akan membelinya. Ramai juga yang mungkin berfikiran begitu. Ramai nak hidup lama, namun tak ramai yang berjaya hidup sebenar-benarnya.Setelah baca artikel tntg nilai yang aku post dulu, mesti de yang reflect balik diri diorang, tak kurang jugak yang tak ambil kesah. Yang reflect tu plak, ade yang dapat kekuatan dalan penghayatannya,,namun ade juga yang jadi makin lemah. Manusia ni memang pelik...

Kawan aku tanye aku, knape nak jadi doktor.Aku pon dah malas nak jawab,Aku buat muke bodoh je. Die senyum. Pastu die cakap,'kalau nak bagitau sebab nak jadi doktor pun malas,nanti keje camane?'.Huh???

Siapkan diri.Kenapa tajuk begitu jadi pilihan aku?SEbab aku rase cepat atau lambat, kita kena terima hakikat yang kita akan jadi ahli professional masyarakat satu hari nanti. Setiap seorang daripada kita masih boleh cakap yang perkara tersebut tak akan mandatangkan masalah kepada diorang sebab sekarang kita masih bersama. Pabila bertugas seorangan kelak, di mana setiap daripada kita terpaksa membuat keputusan atas pertimbangan waras sendiri, rasakanlah.
Sepatutnya, kita harus menyemai sikap menyayangi dan memahami orang lain mulai daripada sekarang.Sikap adalah sesuatu yang tidak datang dalam masa sehari. Ia harus dipupuk, dijaga, dipantau dan dibaiki dari semasa ke semasa.Katt sini pun, kita dapat lihat macam2 ragam manusia.Ade yang baik, ade yang kurang baik dan ada yang tak baik.Aku berborak dengan seorang kawan aku nih, die cakap mengingati Tuhan adalah tonggak kehidupan.Percaya tak??Die mula menceritakan zaman sekolahnya di mana dia berasa dekat dengan Tuhan hasil ibadat berterusan ynag dilakukan. Manisnya iman terasa waktu itu. Belajar skit, result dah gempak. Kat cni, laen. Kadang2 heran, belajar sampai pagi, bile nak jawab lupe. Bile examine balik, mak aihh........jauhnye dgn DIA.Ptutla, buat ape2 pon rase nak marah, tak kena.Die pun cuba balik dekatkan diri dengan Tuhan, masih lagi kena cubaan.Luka la, sakit la, itu hilang, ini hilang. Tapi, dia anggap semua tu dugaan Tuhan untuk buktikan dia benar2 mahu berubah.Biasela, orang cakap turning point ni yang selalunye susah...........Sekarang dah ok.Rase manis balik.......Sedapnye...

Aku harap dan yakin aku buat pilihan tepat ambik course ni.Kata2 mak aku masih di telinga lagi,
NI JADI DOKTOR NI KERJAYA MENCABAR.ADE DUA KEMUNGKINAN YANG BERLAKU PADA DOKTOR.PERTAMA, MAKIN DEKAT DENGAN TUHAN, YANG KEDUA MAKIN JAUH DAN TAKABBUR DENGAN TUHAN.

Dulu aku tak faham, sekarang dah faham maksudnye. Maksudnye, klu dr tu disertai iman dan kepercayaan terhadap Allah, setiap kejayaan yang dilakukan ke atas pesakit mampu membuatkan dia menangis mengaguMi kekuasaan Allah yang maha menyembuhkan.Setiap kegagalan akan membuatkannya berasa kerdil dan sedar betapa singkat dan rapuhnya hidup insan.
Namun, tanpa iman, setiap kejayaan dirasakan atas kepandaiannya merawat pesakit, sekaligus menjauhkannya daripada Sang Pencipta.Tapi awas, dengan hanya satu kegagalan , ia mampu membuatkan insan itu rebah tersungkur, gila dan hilang pertimbangan kerana buntu memikirkan punca kegagalan, yang sepatutnya dikaitkan dengan ajal maut di tanganNYA.,,,
JADI, SIAPKAN DIRI ANDA WAHAI SAHABAT...

Monday, February 23, 2009

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri. Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka. PROVOKASI DEMI MASA DEPAN Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi. Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah. Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita. JIKA KERJA JADI IBADAH Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?
Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri. Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi. Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas. Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah.
Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya. Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya. Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, 'mereka adalah generasi yang kesunyian'. Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah?
Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN. Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind". Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah , walaupun wang berjaya diperolehi. Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum .
Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi. Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.
Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan... tetapi output daripadanya merunsingkan saya. Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur .. Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun.
Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

PERSOALAN NILAI .....WANITA

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan. Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya. Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.
Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki. Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian. Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI SEBUAH PEKERJAAN

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. "Sebab minat biologi?", saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. "Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk. "Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma", saya menyambung provokasi. "Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.
"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita. Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan. Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri.
Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif. Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan calang-calang kerja. Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti. "Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi. Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

Friday, February 20, 2009

MALAS NAK STUDY....

sebenornye, ak malas sangat nak study skang...... series.... tengok laptop ingat muvi, tngk muvi ingat orang, tngk orang ingat kat die.... hehe..takdela. dulu, aku ingat AS senang, 'alaaa....ramai je yang pass bleh gi India. bukang susoh pong....' tu mase bln 10. 'ye dop senang ni??......soklan pekse tu bakpe susoh? soalan u buat kot...' tu mase bleh result pekse... pastu, pade satu hari yang normal, kawan aku tepon.Die ni mmg jenis yg happy-go-lucky, kate la mende pun ke die, dop kesoh. Bagi aku, die ni memang tabah dan boleh dibuat contoh pedoman...alhamdulillah. Tapi nak dijadikan citer, die tepon aku dalam sore yg agok sebok...... aku:weh, gane cter? die:gni ah. benonye, aku nak kabo ke mg nde nih.(low tone)...result AS aku tubek doh.(keluar dah) aku:ho!doh gane?mesti bijok kawang aku!!heheh.... die:eh dop ah di. aku bleh sket je...(still dalam low tone dan masih memberikan ketawa kecil...) aku:biar betul mg..doh berape?3?(3 A laaa...) die:1,1,1.se A, se B, se C...nak wat gane ah?aku bengong doh ni mikir... aku:biar betul??!!doh brape orang dapat 3 A? die:dalam 12 orang jah.. pastu, tbe2, kawan aku hk memang susoh nak sedih ni nangis......... aku:wei rilek r...takdi molek je. baru AS. die:taik mg baru AS!(TERSEKAT-SEKAT).AS la pnttg di. bkpe aku bleh gni??nak kate dop blajo, blajo doh. stay up skmo doh. aku buntu........... aku:weh rilek r, jarang mg nangih depang aku nih. die:ah..........bia ah...aku dop kesoh doh. aku sedih giiler **** doh ni.MACAM DOP ADIL HIDUP NIH.... ayat tuh buat aku tergamam. kawan aku hk dlu tabah menuturkan ayat yang sangat perit untuk didengar, apatah lagi dituturkan. aku:weh. walaupun mg dapat g2, mg still pass kan. mg jgn kecewa sampai salahkan Tuhan. die tahu mende hk terbaik untuk mg.(buat pertama kali, aku lecture die. skale, die hk ceramah aku sokmo).... die:tapi..........mg bleh la cakap g2, dop rase(makin kuat ye nangis...ishx3......) aku:dop la..........dah mende hk jadi, jadi doh.mg rilek dulu, pastu fikir nak repeat ke dop paper tu. mg nangis bkn bleh selesai masalah.... die:doh ye ah.....time kasih ah di. aku:dakpe....ok ah, lecturer aku mai doh.cakap smula la kekgi... die:ok... hmmmmmm........sepanjang lecture pas 2, aku dop dengor pon mende lecturer ngajar. aku mikir, sampai g2 skali deh pekse AS. hishh.......stare kawan aku hk rajin tu pon g2 doh, aku nih???? lepas 2....aku rase aku patut mule study...sebab sebenornye nasib kte tu masih lagi di tangAn kite.macam firman Allah, 'aku tak akan mengubah nasib sesutau kaum itu selagi mereka tidak berusaha merubah nasib mereka sendiri'. se je aku nak kabo, walau bagaimanepun hidup semacam kejam pade kite, jgn sesekali salahkan Pencipta...sebab Dia takkan uji kite kalau kite dok berupaya mengatasinya.............chaiyokx2!!!! moral of the story: pikir la sendiri...........

Saturday, February 14, 2009

first day, first post........

nothing to say yet.juast wanna give a warm welcoming to all visitors