Monday, February 23, 2009

PERSOALAN NILAI .....WANITA

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan. Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya. Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.
Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki. Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian. Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

2 comments:

  1. saya stuju ngn doktor hadi...still setelah yg wanita lakukan....wanita harus dihargai....dan dihormati...... :)

    ReplyDelete
  2. aku tabik kow mu di.nant mu nyer nama akan jadi ustaz drhaji hadi.insyaAllah.....taip banyop lagi.bulih aku baco.wakakah!!!

    ReplyDelete